Wednesday, February 3, 2010

Sebuah Kereta Menanti Pemenang Pertandingan Memasak Nasi Lemak 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Sebuah kereta menanti pemenang pertandingan memasak "Nasi Lemak 1Malaysia" anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang akan diadakan bulan depan di Dataran Merdeka di sini.

Pertandingan selama dua hari itu bermula 13 Mac terbuka kepada segenap lapisan masyarakat dan nasi lemak yang paling sedap akan dinobatkan sebagai "Nasi Lemak 1Malaysia".

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud berkata pertandingan akan dibahagikan mengikut dua kategori iaitu kategori A untuk peserta yang bekerja sebagai chef atau yang terlibat dalam apa-apa aktiviti masakan dan kategori B pula terbuka untuk semua individu.

"Nasi lemak adalah makanan yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan dan diharapkan pertandingan ini dapat dijayakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Mohammed berkata pemenang akan dipilih mengikut setiap kategori, hadiah utama untuk kategori A adalah wang tunai berjumlah RM20,000 manakala hadiah utama bagi kategori B ialah wang tunai RM10,000. Pemenang bagi Nasi Lemak 1Malaysia akan dipilih daripada kedua-dua kategori ini.

Mohammed berkata penyertaan untuk pertandingan ini akan dikenakan bayaran mengikut kategori iaitu RM1,000 bagi kategori A dan RM200 bagi kategori B.

Maklumat lanjut mengenai fiesta dan pertandingan ini boleh didapati menerusi laman web http://nasilemak1malaysia.webs.com/ ataupun menghubungi Pejabat Sekretariat di talian 03-42936678.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment


 

Site Info

Total Hit

Unique Visitor

Followers

Nasi Lemak 1Malaysia Copyright © 2010 Nasi Lemak 1Malaysia Designed by Nasi Lemak 1Malaysia Nasi Lemak 1Malaysia