_h1-.jpg)
Sesiapa saja yang pernah ke Malaysia pasti akan mengetahui tentang makanan kegemaran rakyatnya iaitu nasi lemak. Walaupun, ia merupakan sejenis makanan popular kegemaran ramai, ia juga memberi kesan sampingan jika diambil secara berlebihan. Kini nasi lemak boleh didapati hampir di mana saja, tetapi adakah ianya baik? Oh, ini merupakan topik yang lain sama sekali.
Nasi Lemak Cikgu mungkin merupakan salah satu nasi lemak yang popular di sini. Bermula hanya sebagai gerai di tepi jalan, kini telah berkembang menjadi sebuah restoran yang besar di Kelana Jaya. Bukan sahaja menghidangkan makanan popularnya, tetapi juga pelbagai hidangan lain.
Jadi, apa yang menjadikan Nasi Lemak Cikgu begitu popular?Adakah resepinya mempunyai bahan – bahan rahsia? Wujudkah bahan – bahan rahsia itu?
Walaupun ia tidak mempunyai sebarang bahan rahsia, rahsianya terletak pada makanan sampingannya iaitu ayam goreng yang menjadi tarikan utamanya. Begitu hebatnya penangan ayam goreng ini, sehinggakan anda merasa tidak mahu makan nasi lemak di tempat lain! Rangup di bahagian luar, dan lembut di bahagian dalamnya, ayam goreng ini akan terasa lebih enak jika di makan bersama sambal ikan bilisnya yang sedap.
Sambal merupakan sejenis sos yang berasaskan cili, di mana ia merupakan makanan sampingan wajib untuk mana – mana nasi lemak. Sambal Nasi Lemak Cikgu tidaklah terlalu pedas seperti kebiasaannya. Rasanya agak kemanis – manisan, pastinya menjanjikan kepuasan kepada mereka yang tidak begitu gemarkan makanan yang pedas.
Lagi satu makanan yang wajib anda cuba adalah sambal sotong. Sambal sotong juga agak manis, walaubagaimanapun ia sedikit pedas. Sambal ini di masak bersama dengan sedikit kacang, menjadikan ianya lain dari yang lain.
Kepada sesiapa yang mencari – cari kedai kopi yang menarik untuk disinggah, Nasi Lemak Cikgu mungkin mengecewakan anda, tetapi suasana kedainya yang tenang dan damai menjadikan ia terus diminati. Makanannya enak, pekerjanya peramah dan servisnya juga bagus. Jadi, apa lagi yang anda mahukan?
Alamat: Nasi Lemak Cikgu 14 Jalan SS5B/2, Kelana Jaya , 47301 Petaling Jaya





0 comments:
Post a Comment